Darjah 3

Zaman2 sekolah sy dulu penuh warna warni kehidupan.Macam2 yang terjadi.Bila memikirkan kembali zaman sekolah sy dulu,kadang2 sy rasa pelik juga dengan personaliti diri sy nie.Mmg haru biru.Betul.

Darjah 3,

sy mmg budak yang cukup baik dan cemerlang d sekolah.Kelas tak pernah ponteng(dapat sijil kedatangan penuh lagi),selalu dapat no 1 xpun no 2 dlm seluruh darjah,paling senyap dlm kelas,pemalu giler dengan pompuan dan baju skolah sy jarang benar comot mcm rakan2 sy yg laen..hebat kan sy.

Masa darjah 3 jugalah,sy mula memakai cermin mata.Rabun jauh warisan keturunan.Masa tu sy still tak tahu menahu tentang fesyen dan reka bentuk cermin mata,jadi apa yang papa sy bagi,itu la yg sy pakai.Papa belikan sy cermin mata yang saiznya besau gile,macam goggle renang haa.Mule2 sy taknak tapi papa takmow beli yang baru so terpaksalah sy pakai juga cermin mata yang besarnya macam goggle renang tu, dari sy darjah 3 sampailah darjah 6.Bertambah2 la sy kelihatan nerd ketika itu.

Tambahan pula di sekolah rendah sy time tu,sudah ada geng pembuli yang sgt suka membuli budak2 baik dan sy semestinya adalah salah seorang mangsa permanent tanpa ada tempoh probation pun. Juga bukan kontrak mahupun temporary.Huhu.Samada secara kebetulan atau mmg dirancang,geng pembuli ni tediri drpd 3 F iaitu Faizal, Firdaus dan Farhan.Dan Farhan adalah seorang perempuan. ya,sy tak tipu.Tapi beliau cun juga,x sangka sy cun2 pun nakal.Hehe..Ops lari topik Jadi, kami(budak2 baik) menggelar merekal 3F. 3F sgt suka melakukan aktiviti2 sosial bersama kami dan antara aktivi-aktivitinya termasuklah memotong barisan d kantin, menguis kaki kami dari belakang ketika kami sedang berjalan, menjadikan kami budak milo untuk membeli air sirap mereka, dan juga menjadi mangsa sumpitan kacang hijau mereka (isi kacang ijau dalam straw pastu menyumpit secara membabi-buta macam orang gile,sakit ooo..).

Dipendekkan cerita,

Penutup kepada kisah baik sy di darjah 3 ini ialah semasa anugerah kecemerlangan pelajar yang diadakan serentak dengan mesyuarat PIBG.Sy mendapat anugerah pelajar terbaik darjah 3 pada tahun tersebut dan dgn gaya sy yang nerd serta tersenyum2 simpul, sy pun berjalan naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah dan ketika berjalan pulang ke tempat duduk sy terdengar bisikan,

“Haaa faizal, tengok tu kawan faizal tu,kuat membaca tu sbb tu dia pandai.Spek die besar tu pun mesti sebab die slalu bace buku.Faizal pun rajin2 la blajar nanti ble jadi pandai macam dia”.

Oh sungguh terharu dan gembira sy mase tu,x sangka ada juga yang memuji penampilan sy yang bercermin mata besau ni.Apetah lagi yang memuji tu ialah ayah faizal 3F.Haha…Lebih2 lagi farhan dan firdaus pun ade berdekatan area situ jugak.Kompemla mereka dgr.Haha.Losers.

Dalam hati,“Tu lar ko fezal,asyik dok buli aku je,padan muke ko kene sound ngn ayah ko,mwahaha”,

Sy dah merasa bangga dan riak gile dah…yuhuuu!!

Tiba-tiba..

“Tapi abah tgk cermin mata die tu besar sgt la,macam nak g berenang pun ada,haha. Klakar pulak nampak. Nanti untuk faizal abah belikan yang kecik sikit la baru nampak ok sket”.

“huh??……”

Terus sy berjalan senyap2 dan dari jauh..sy dapat dgr geng 3F gelak terbahak2 mcam kene sawan…cis.sial.

pssssst : Darjah 4 coming soon..

Advertisements

6 Responses to “Darjah 3”

  1. Tipu ah cerita ni.. Mane ade faizal ckp camtu… Faizal mane pandai cakap luar.. die oghe kelateyy!!!!

    Tipuuuuu.. Tipuuuuu….. Astronout ke Astro Not!!! Tipuuuu… Tipuuu….

  2. nak tanye..siputturbo ngn siputlaju same ke?hehe

  3. Lanun : mane ade tipu.betul nie.errr..mybe ade add hot n spicy la sket. =D

    ciki engineer : siputturbo len..time die on turbo,ade bunyi ‘kepish’ ‘kepish’….siput laju errrr….kasi jentik laju2 cukup..hehe..

  4. iceskyjuice Says:

    tu la..x baik riak..kan dh kene

  5. Fuyooo semalam En. Siput beli spek yang nampak ‘funky’. hahahha.. berejam-rejam pilih spek.. Lepas ni bolela nampak lebih bergaya dan mempersona.. hakhak…

  6. iceskyjuice : huhu..insap insap..

    lanun : hehe,mcm2 spek dah pakai sejak skolah rendah..yang besaw cam goggle renang,yang nampak bijaksana walhal tidakpun,yang nampak skema dan yang latest yang funky2 sempena raya…haha…

Comments are closed.

%d bloggers like this: