Chop n Steak

Baru balik dari makan malam dekat Chop n Steak Sri Serdang ngn diLanun. Setahu aku, selain daripada cawangan Sri Serdang, Chop n Steak ni ada satu lagi cwgn iaitu cwgn Kg Baru, dekat jugakla dengan Masjid Kg Baru tu restoran die. Sementara yg dekat Sri Serdang ni pulak, dekat ngn Masjid UPM. 2-2 dekat ngn masjid, amek berkat kot hehe..

Pada entry lepas, yang aku kene ngorat ngn awek Chop n Steak tu, (click sini) aku ada cerita pasal aku tepon Chop n Steak SS ni untuk buat tempahan bagi majlis berbuka puasa budak2 IT RHB kan, tapi malangnye hari tu aku tak jadi pergi sebab ada komitmen laen yang harus diutamakan iaitu dating bertubi2 dengan diLanun ok. Hehe.

Jadi selepas makan-makey di situ dan on da way menuju ke kereta, tetibe secara tidak sengaja aku telah di interbiu oleh seorang En. Reporter yang ntah dari mane munculnya tentang pengalaman makan-makey di Chop n Steak Sri Serdang tersebut. Beliau merupakan salah seorang wartawan drpd rancangan Jom, Jalan-Jalan Gemokkan Perutmu dan Perutku yang disiarkan di tv 3-segi.. Berikut adalah intisari interbiu berkenaan.

Chop n Steak Sri Serdang

Ape ade arr kt sini? sedap ke?
sini sume steak n western,jadi pada sape2 yg nak makan mee goreng telur mata atau nasi goreng ayam, sila ke kedai mamak yang berdekatan. Harap maklum.Haha. bab makanan lak, diLanun cam tak bape suka chicken chop sbb masin katanya. Aku plak makan chicken golden blue. X tau camne nak describe tapi bg aku best. chicken chop diLanun pun aku habiskan. x sengaja beb, tetibe ayam die dh dalam mulut aku. haha.

Pelahap ko ni, camne ngn rege mknan kt sini?
harga ok. X mahal. chicken chop die RM8 je, lebey kurang sama dengan harga kalo makan chicken chop kat foodcourt2 shopping complex tu. rege untuk chicken golden blue tu pulak dalam RM8.50 kalo tak silap aku.

OoOo…ramai gile x org?atau lagi ramai org gile?
kiteorg datang awal. Lepas maghrib lagi dah ada kat sini, waktu tu restoran cuma 30% penuh. Tapi bila waktu beransur masuk kol 830 malam dan ke atas, restoran mula penuh, hampir 100% seats fully occupied.(smbl2 buat x layan soklan bodoh En Reporter)

Wah speaking n bermatematik plak ko yer,parking die camne lak?
restoran ni dulunya adalah rumah teres lot corner, tapi kendiannye dijadikan restoran Chop n Steak jadi, kawasan parking mmg terhad dan teruk. bayangkan je la camne rupenye parking di kawasan perumahan teres…so parking KO!

Lame tak nak tunggu makanan, basah ketiak x menunggu?
memandangkan kiteorg datang awal dan time tu org still x ramai lagi jadi, waktu menunggu makanan dan minuman agak singkat, dalam 5-12 minit je. pekerja2 Chop n Steak SS ni pun cam agak ramai, so dieorg dapat buat kije dengan lebih tersusun dan pantas sikit. Oh ya, ketiak sy masih kering, sy guna deodorant Gatsby perisa Crystal Musk, non sticky and quick dry. murah pun murah.

deo1.jpg

“ni la die deodorant yg aku pakai, En Reporter..mau coba??”

Wah promote ketiak dan pelincir ketiak nampak,haha. erm layanan dieorang bagus tak?
layanan bagus. walopon muke cam penat je kije, tapi still willing nak explain dengan ceria tentang jenis2 makanan dalam menu tu bile aku tanye. ni penting ok! aku pernah kene ngn waiter yg cam sial, layan nak taknak je then perangai cam bagus,blah la!

Wow marah nmpk, errr…bawak awek/tunang/isteri/skandal makan sini best x?
ops..ini sudah lari dari topik En. Reporter, tapi takpe biar sy jawabkan, “Ye terbukti best, sy sudah berjaya ke sini, anda yang di luar sana tu,bila lagi?!” mwahaha!

tetibe, tanpa berterima kasih atau berkasih sayang dgn aku, En Reporter terus blah dlm dgn kelam kabut camtu je. Demm, mmg nak kene lempang En Reporter nie.

Tu la die intisari interbiu tersebut. komen aku lebih kepada service yang dieorg bagi sbb aku mmg tak pandai sgt nak mengomen2 pasal makanan ni. sedap aku makan, yang x sedap aku letak tepi atau alihkan ke pinggan org2 berdekatan dgn aku. mangsa2. haha.

ok, jumpe lagi di lain restoran! tata titi tutu!!

p/s :- ghupenye En Reporter gi alih kete die yang blocking kete pelanggan lain yang dah nak balik..mmg teruk la parking sini.

Advertisements

16 Responses to “Chop n Steak”

  1. Hakhak!!! Kite nak jadi pengacara rancangan Jom, Jalan-Jalan Gemokkan Perutmu dan Perutku tu.. boleh kan? kan???? hakhak!!!

  2. chop n steak neh kat kg baru pun ader kan. hehehe 🙂

  3. ntah papo la…
    org ajak gi umah abg macho tak nak…
    byk la alasan open house la gi tgk teater la…
    padahal takut kene pangkah ngan member2 kan?
    hahahaha…ta*k la wei…

    to lanun: gua dah invite lu kat email yg 2nd tu…email 1st tu gua dah cancel invitation..heheheh

  4. rino : Ampeh ar lu… Tak rugged la camni…

  5. lanun: no person can make a request on behalf of another person, either with or without that person’s consensus…

    huhu..

  6. but this is an exception…

  7. cis,mane de aku byk alasan. len kali bgtau awal2.schedule gua penuh.lgpun.aku yg pangkah korang,mane de korang pangkah aku.haha.

  8. lanun : yes,u r rite! rino,takkan kecut kot..mwahaha!

  9. apekah maksud pangkah² nie?

  10. chop & steak tu? yaaa… top situ! air dia gelas besar kan? RM1.50, tapi bapak besar gelas dia.
    aku pegi tanya sepupu aku, kat mana chicken chop paling best dia pernah makan, dia cakap kat Chop N Steak Serdang. best gile katanya. kire hebat gile la cara dia cakap kat aku tu.

    aku pegi, dan aku bagi penarafan gred C. ok ok, gred B+ lah.
    meaning, ada lagi a few places yang lagi best dari Chop N Steak yang korang cakap dah best gile tu.

    a few other places like kat FAMA (aku taktau situ nama apa, tapi kami panggil FAMA sebab ada meja jual buah FAMA).
    atau kat Sri Kandis.
    atau kat Restoran Hajjah.
    atau kat D’Jelapang.
    atau kat Pokok Buluh (pun xtau nama, sebab situ makan tepi rimbunan pokok buluh, jadi kami panggil pokok buluh).

  11. ejat : a’a yg Chop n Steak kat serdang nie. Bagi aku makanan die best je, tapi dila cam tak suke chicken chop die,so ade yg suka ade yg tak.lidah lain2,so rasa pun lain.. aku bagi review lebih kepada servis & mutu perkhidmatan derang. bagi aku, kalo makanan sedap mana pun, tapi kalo servis tak bagus/menyakitkan hati, kompem makanan yg sedap pun jadi tak sedap..

    lanun : pangkah2 = kena mengenakan satu sama lain.

    kNizam : a’a kat kg baru pun ade.1st cawangan die yg nie.

    rino : kecut ar lu..

  12. kenape aku dikatakan kecut??
    tak paham…

    lanun: what exception? its a policy of my blog…

  13. eii abg rino ni garang laaaa~~~~~

  14. bukan garang….tegas…huhu…

  15. semalam bersamaan 20hb sept, saya ke chop and steak di sri rampai, wangsa maju, berdekatan dgn imigresen wangsa maju.. Komen saya, yang bagusnya, hanya beberapa table saja yang occupied. Itu sudah bagus, cz saya lapar sangat masa datang tu.
    Tapi yang hampeh nye..saya order sizzling seafood, seafood nya rasa macam dah lama. Udang, ikan sotong sume jenis dah berbau.. Sya kecewa tul. Tapi saya belum try yang kampung baru punya. Nampak gaya, that first time will be the last time. Takuuut nak cuba.

  16. alamak ana yg kat sri rampai tu bukan branch chop & steak la…. imej mayb sama kot but yg i tau diff owner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: