Archive for the makan-makan Category

Chop n Steak

Posted in Hari ni.., makan-makan on October 27, 2007 by siputturbo

Baru balik dari makan malam dekat Chop n Steak Sri Serdang ngn diLanun. Setahu aku, selain daripada cawangan Sri Serdang, Chop n Steak ni ada satu lagi cwgn iaitu cwgn Kg Baru, dekat jugakla dengan Masjid Kg Baru tu restoran die. Sementara yg dekat Sri Serdang ni pulak, dekat ngn Masjid UPM. 2-2 dekat ngn masjid, amek berkat kot hehe..

Pada entry lepas, yang aku kene ngorat ngn awek Chop n Steak tu, (click sini) aku ada cerita pasal aku tepon Chop n Steak SS ni untuk buat tempahan bagi majlis berbuka puasa budak2 IT RHB kan, tapi malangnye hari tu aku tak jadi pergi sebab ada komitmen laen yang harus diutamakan iaitu dating bertubi2 dengan diLanun ok. Hehe.

Jadi selepas makan-makey di situ dan on da way menuju ke kereta, tetibe secara tidak sengaja aku telah di interbiu oleh seorang En. Reporter yang ntah dari mane munculnya tentang pengalaman makan-makey di Chop n Steak Sri Serdang tersebut. Beliau merupakan salah seorang wartawan drpd rancangan Jom, Jalan-Jalan Gemokkan Perutmu dan Perutku yang disiarkan di tv 3-segi.. Berikut adalah intisari interbiu berkenaan.

Chop n Steak Sri Serdang

Ape ade arr kt sini? sedap ke?
sini sume steak n western,jadi pada sape2 yg nak makan mee goreng telur mata atau nasi goreng ayam, sila ke kedai mamak yang berdekatan. Harap maklum.Haha. bab makanan lak, diLanun cam tak bape suka chicken chop sbb masin katanya. Aku plak makan chicken golden blue. X tau camne nak describe tapi bg aku best. chicken chop diLanun pun aku habiskan. x sengaja beb, tetibe ayam die dh dalam mulut aku. haha.

Pelahap ko ni, camne ngn rege mknan kt sini?
harga ok. X mahal. chicken chop die RM8 je, lebey kurang sama dengan harga kalo makan chicken chop kat foodcourt2 shopping complex tu. rege untuk chicken golden blue tu pulak dalam RM8.50 kalo tak silap aku.

OoOo…ramai gile x org?atau lagi ramai org gile?
kiteorg datang awal. Lepas maghrib lagi dah ada kat sini, waktu tu restoran cuma 30% penuh. Tapi bila waktu beransur masuk kol 830 malam dan ke atas, restoran mula penuh, hampir 100% seats fully occupied.(smbl2 buat x layan soklan bodoh En Reporter)

Wah speaking n bermatematik plak ko yer,parking die camne lak?
restoran ni dulunya adalah rumah teres lot corner, tapi kendiannye dijadikan restoran Chop n Steak jadi, kawasan parking mmg terhad dan teruk. bayangkan je la camne rupenye parking di kawasan perumahan teres…so parking KO!

Lame tak nak tunggu makanan, basah ketiak x menunggu?
memandangkan kiteorg datang awal dan time tu org still x ramai lagi jadi, waktu menunggu makanan dan minuman agak singkat, dalam 5-12 minit je. pekerja2 Chop n Steak SS ni pun cam agak ramai, so dieorg dapat buat kije dengan lebih tersusun dan pantas sikit. Oh ya, ketiak sy masih kering, sy guna deodorant Gatsby perisa Crystal Musk, non sticky and quick dry. murah pun murah.

deo1.jpg

“ni la die deodorant yg aku pakai, En Reporter..mau coba??”

Wah promote ketiak dan pelincir ketiak nampak,haha. erm layanan dieorang bagus tak?
layanan bagus. walopon muke cam penat je kije, tapi still willing nak explain dengan ceria tentang jenis2 makanan dalam menu tu bile aku tanye. ni penting ok! aku pernah kene ngn waiter yg cam sial, layan nak taknak je then perangai cam bagus,blah la!

Wow marah nmpk, errr…bawak awek/tunang/isteri/skandal makan sini best x?
ops..ini sudah lari dari topik En. Reporter, tapi takpe biar sy jawabkan, “Ye terbukti best, sy sudah berjaya ke sini, anda yang di luar sana tu,bila lagi?!” mwahaha!

tetibe, tanpa berterima kasih atau berkasih sayang dgn aku, En Reporter terus blah dlm dgn kelam kabut camtu je. Demm, mmg nak kene lempang En Reporter nie.

Tu la die intisari interbiu tersebut. komen aku lebih kepada service yang dieorg bagi sbb aku mmg tak pandai sgt nak mengomen2 pasal makanan ni. sedap aku makan, yang x sedap aku letak tepi atau alihkan ke pinggan org2 berdekatan dgn aku. mangsa2. haha.

ok, jumpe lagi di lain restoran! tata titi tutu!!

p/s :- ghupenye En Reporter gi alih kete die yang blocking kete pelanggan lain yang dah nak balik..mmg teruk la parking sini.

Advertisements

Kegembiraan 2 dlm 1

Posted in Hari ni.., makan-makan on October 8, 2007 by siputturbo

yuhuuu!!! Arsenal menang 3-2 dengan Sunderland smalam.

Match yang betul2 thrill dan exciting. Kemenangan semalam melonjakkan Arsenal kembali ke tempat pertama dan seterusnya melakarkan 10 kemenangan berturut2.. Selepas mensia-siakan 2 goal leads and few chances (palang,miskick n etc), akhirnya Van Persie memastikan game milik Arsenal dengan 2nd goal from him which sealed Arsenal’s victory last nite.

Game smlm sangat mendebarkan smpikan mata tgk tv, tapi tangan dan mulut tetap menyuap dan mengunyah untuk makan.. Anggota badan aku mmg sangat bekerjasama dan ada team work spirit antara satu sama lain.. Anggota badan anda macam mana pula? Hehe..

Smalam pada masa yang sama, aku ade majlis berbokak pose dekat D’Village View Bangi bersama2 diLanun dan rakan2 beliau. Geng2 diLanun smpi lambat sbb tersesat sampai ke kajang dan pastu ke UKM pulak.. mmg ronda2 kajang betul dieorg nie.. last2 dalam kol 8 akhirnya slmt smpi,tahniah(haha).. tu pun selepas diLanun n Peter ops… diLanun and Nad gi pickup geng2 dieorg tu kat masjid hijau bangi(aku pun tak tau name betul masjid ni ape,hehe).

So dalam kol 815 baru kiteorg start makan n enjoy to the fullest.. borak2, gelak2, amek gambar sana, amek gambar sini, kutuk sana, kutuk sini, and lastly ada sessi luah perasaan oleh Nad sbb kene dera ngn ‘mak tiri’ die.. cian die. Then masing2 mendengar dengan penuh simpati dan letih dgr Nad cite berjela2.. hehe.. jgn marah.. Dlm kol 10 mlm camtu, baru kiteorg gerak balik n harap2 geng sesat ni tak la sesat lagi on the way balik tu… hehe.

So, sbgai penutupnya disimpulkan la pasal majlis berbokak pose smalam kat bawah..

**
**Akhirnya dapat gak aku kenal geng2 dilanun nie ..lanun2 pompuan sumenye antaranya:-

Linda – Lanun paling kiut dan kecik tapi org cakap kecik2 cili api, so beware… ni satu skolah ngn aku dulu ni and die still maintan the same size and shape as b4. And also maintan kiut. =p

Zila – Nakhoda kapal lanun, tapi atas darat senang sesat sbb byk highway n tol. kat laut takde highway n tol, pakai bintang je.. haha

Yunie – co-Nakhoda.. competitor utama si diLanun bertanding merebut… err..merebut… hehehehe.. nak kawin dah lepas raya.. Smoga berbahagia ke anak cucu, dunia akhirat. =D

Cher – ni paling cooool, sanggup turun darat nak jumpe artis pujaan… hehe, gud luck with being ‘wife’ to you-know-who.. =p just kidding..

Nad – errr… this one? erm.. erm.. erm… (hehe).. lanun yang petah bercerita dan jadi lanun sbb kene buli ngn ‘mak tiri’ beliau.. =p

diLanun : erm.. dis one plak? erm.. senyap sopan santun je time makan smalam.. bunyi sudu ngn pinggan berlaga pun takde, sopan sungguh smlm… lanun2 lain pun terkejut dengan kesopanan dan keayuan beliau smlm.. menurut salah sorang drpd mereka yang ditemuramah, “itu la,sy pun tak percaya die berkelakuan begini,sungguh sopan dan ayu sekali.sy sudah tak percaya,anda bila lagi?”. Hehe.

D Village View

Makanan – sedap dan memuaskan perut yang memakan.Makanlah tanpa segan silu di sini.

Harga – harga pun sedikit mahal dari biasa.. Membayarlah tanpa segan silu di sini,sama2 nipiskan poket.Skali skala takpe. Tapi kalo dah berkala-kala, tidak digalakkan.

Kapasiti Bebanan yang hadir – ini sedikit tidak selesa,tapi keadaan macam ni mmg biase di bulan Ramadhan. Kapasiti pelahap yang hadir..ops silap2, kapasiti pengunjung yang hadir mmg ramai giler. Dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan booking yang disediakan. Bley booking face by face, booking thru fon, atau booking guna internet(Auta). Payment ble buat menggunakan cash atau maybank2u, sila bank in kan ke akaun sy kompem anda berpuas hati dgn perkhidmatan yg disediakan. (Auta)

Kapasiti Parking – mmg full.. sape yang book je dibenarkan masuk untuk parking.

Kelajuan Pemprosesan Hidangan – dinasihatkan booking awal2.. sape yang booking lambat(after 3pm), kompem makanan anda smpi lambat nanti.. bile mknan lambat, anda bad mood. bile anda bad mood, anda marah.bile anda marah, anda mengumpat2 kutuk pekerja2 kat situ.. dan bila anda.. argh penat ar nak sambung… senang cite, booking atau datangla awal2 yer..

Ok dah, habis cerita kegembiraan 2 dalam 1.. kene outstation to kl lak petang ni. Malas betul lar,nanti jem giler time nk balik…

Asslamualaikum…. daaaaa

pssstt mane2 lanun, jgn kecik hati yer.. sempena raya yg mendatang ni, ampun maaf zahir batin yer..